Dengan aroma sitrusnya yang ceria, minyak pati Orange adalah pilihan hebat untuk digunakan bersama pembaur pada waktu pagi atau sepanjang hari. Harumannya bukan sahaja membantu melapangkan fikiran, malah boleh menyingkirkan bau tidak diingini juga.
Apabila dicampur bersama pelembap ringan dan disapu pada kulit, minyak pati Orang boleh membantu mengurangkan cela. Orange, seperti minyak sitrus lain, adalah fotosensitif. Jadi, elakkan menyapu minyak ini pada kulit yang terdedah sebelum beraktiviti di bawah sinaran matahari.
Contoh penggunaan:
- Gabungkan dengan pelbagai minyak pati semasa musim panas dan sejuk. Dengan pembaur, gabungkan Orange dengan Lime, Lemon dan Tangerine untuk menikmati keharuman yang segar dan mesra atau campur bersama Cinnamon Bark dan Clove untuk haruman yang sesuai ketika bercuti.
- Gabungkan 8-10 titis dengan air suling atau dengan witch hazel dalam botol penyembur kaca kecil dan semburkan pada cadar, tuala dan baju untuk mengekalkan kesegarannya.
- Gunakan bersama regimen rawatan muka anda pada waktu malam bagi mengurangkan cela pada kulit dan melicinkan permukaan kulit.
-Guna Orange bersama pembaur di ruang bermain anak anda kerana mereka pasti suka akan baunya yang manis dan ceria!