Siapa Kami

Sebagai peneraju dunia dalam lapangan minyak pati, kami percaya bahawa semua orang berhak menikmati hidup yang penuh sejahtera. Visi kami adalah untuk berkongsi manfaat minyak pati yang boleh mengubah hidup ke setiap kediaman, untuk setiap keluarga dan setiap gaya hidup.

Cerita kami bermula lebih dari 20 tahun lalu dengan penyulingan minyak pati ringkas yang dibina sendiri. Hari ini, ladang-ladang dan komuniti kami ada di seluruh dunia. Oleh sebab komitmen kami untuk memberikan yang terbaik daripada alam semula jadi sudah terbukti, jutaan orang mempercayai kami untuk menghasilkan minyak pati yang hebat.

Piawaian Kualiti Kami

Program Seed to Seal® kami adalah piawaian kualiti kami. Tiga tonggak pendekatan teliti ini - Sumber, Sains, dan Standard - membolehkan kami menghasilkan minyak pati yang tulen serta produk diseduh minyak pati supaya anda dan keluarga anda boleh menggunakannya tanpa sebarang keraguan.

Kami menzahirkan komitmen dengan menubuhkan dan mengekalkan piawaian yang memacu industri dalam produk minyak pati. Bagi kami, penanda aras untuk menghasilkan produk yang diyakini pelanggan adalah daripada pelbagai aspek, teguh, dan tidak boleh dikompromi. Kami berbesar hati menawarkan rangkaian luas produk diseduh minyak pati yang menggambarkan sisi terbaik alam semula jadi menerusi piawaian unik program Seed to Seal kami.

Pendekatan unik ini membezakan kami dan yang lain. Kami memimpin setiap langkah penghasilan bagi memastikan anda memperoleh minyak pati dan produk yang tidak boleh didapati di tempat lain. Ketahui lebih lanjut tentang kembara produk kami dan proses kami yang tiada tandingan di Seed to Seal.

Komuniti Kami

Kami adalah anda - ibu bapa, para pelajar, dan golongan pakar - yang mencari hidup penuh manfaat kesejahteraan. Kami membentuk sekumpulan individu yang berkongsi minat yang sama, yang ingin memanfaatkan kehidupan.

Komitmen, acara, dan konvensyen kami membolehkan kami berkumpul bersama untuk saling menyokong dan berkongsi pengalaman dalam cara yang luar biasa. Bersama-sama, kami mampu memberi inspirasi kepada orang lain di seluruh dunia.

Gaya Hidup Kami

Kami percaya bahawa hidup perlu dipenuhi dan diperkasa. Cara terbaik merealisasikan kepercayaan ini? Menerusi keputusan yang dibuat setiap hari. Kami telah menyaksikan kesan bermakna pada kegembiraan dan kesejahteraan apabila pilihan konsisten dan positif dibuat. Sebab itulah kami berusaha untuk melangkah setiap hari untuk hidup lebih seimbang. Bagi kami, minyak pati ada cara yang mudah dan semula jadi untuk mencapai impian ini.

Sokongan Kami

Kami bersyukur kerana menerusi syarikat dan perkembangan kami, kami dapat membantu insan yang memerlukan. Menerusi Yayasan Young Living, satu organisasi tidak berasaskan keuntungan 501(c)(3), syarikat dan komuniti kami meluangkan masa dan sumber untuk menambah baik hidup keluarga-keluarga kurang berkemampuan di Ecuador, Croatia, Uganda dan pelbagai tempat lain.

Untuk maklumat lanjut tentang yayasan kami dan bagaimana anda boleh turut menyumbang, kunjungi YoungLivingFoundation.org.

Banyak Lagi Yang Menanti

Kami teruja untuk berkongsi pendekatan kami yang akan mengubah kehidupan bersama anda. Di Young Living, anda akan menemukan lebih daripada produk penjagaan peribadi, kediaman, dan kesejahteraan.

Kami alu-alukan anda meneroka misi dan apa yang kami sediakan dan rasakan sendiri bagaimana Young Living menambah baik hidup anda.