Muscat, Oman
Arabian Frankincense Distillery Farm Page
Permulaan Pusat Penyulingan Frankincense Arabian
Young Living berbangga dengan sejarah kerjasama kami dalam menyuling dan mengeksport minyak pati Sacred Frankincense dari Oman dan berkongsi minyak ini dengan komuniti Young Living. Pengasas Young Living, D. Gary Young dan Pengasas Bersama, Mary Young, mengembara ke Oman pada tahun 1995 dan mempelajari sejarah Boswellia sacra, spesies pokok yang terkenal dengan kemenyan, yang dituai di wilayah unik ini sejak 5,000 tahun lamanya. Gary bersemangat untuk membina pusat penyulingan dan dengan bantuan Dr. Mahmoud Suhail dan keluarganya yang berpengalaman sebagai petani dan penuai kemenyan, Gary membangunkan Pusat Penyulingan Frankincense Arabian untuk membolehkan Young Living membawa minyak pati Sacred Frankincense kepada komuniti global kita.
Selepas melawat banyak negara Timur Tengah, Gary membuat keputusan untuk membina pusat penyulingannya di Salalah, Oman. Beliau kemudiannya bertemu Dr. Suhail, dan mereka berdua menjadi rakan dan rakan kongsi perniagaan. Mereka membangunkan pusat penyulingan yang bermula dengan satu ruang penyulingan pada Januari 2010. Lima bulan kemudian, mereka menambah ruang pengesktrakan kedua, menjadikan fasiliti mereka sebagai pusat penyulingan komesial besar pertama di zaman moden yang dibangunkan khas untuk mengekstrak minyak pati Sacred Frankincense.
Permintaan untuk minyak ini meningkat dengan pesat sehingga Dr. Suhail membangunkan fasiliti yang lebih besar di Muscat, ibu negara Oman, menjadikannya lebih mudah untuk mengembangkan operasi. Oman juga menawarkan lebih banyak pilihan untuk ujian dan penyelidikan saintifik bersama dan meletakkan pusat penyulingan tersebut di kedudukan yang baik untuk mengimport bekalan, mengeksport minyak, dan sentiasa maklum tentang peraturan kerajaan terkini.
Komitmen kualiti Seed to Seal®
Minyak pati diekstrak daripada resin kemenyan menerusi proses yang dipanggil penyulingan hidro. Fasiliti penyulingan baharu di Muscat ini mempunyai 17 ruang pengekstrakan yang boleh beroperasi secara berterusan, selama 24 jam sehari, enam hari seminggu, jika perlu. Buat masa sekarang, Dr. Suhail sedang mereka penyuling hidro baharu yang akan meningkatkan kapasiti pusat penyulingan untuk memenuhi permintaan minyak pati kegemaran ramai ini.
Sorotan Minyak Pati
Frankincense diekstrak daripada resin yang dihasilkan oleh pokok Boswellia sacra, yang berasal dari selatan Arab. Nama frankincense pula berasal daripada perkataan Perancis kuni yang bermaksud "pure incense" atau "kemenyang tulen". Frankincense diguna untuk pelbagai tujuan dan dianggap sebagai hadiah diraja dalam pelbagai tamadun kuno, termasuklah tamadun Yunani, Rom, dan China.
Tahukah anda?
Tebing batu kapur di Pergunungan Dhofar, Oman, memiliki persekitaran yang ideal untuk pokok-pokok kemenyan tumbuh.
Wilayah Dhofar, rumah kepada pokok-pokok kemenyan yang tidak terkira banyaknya, dimiliki oleh Hadhramaut, negara silam yang diperintah oleh Permaisuri Sheba.
Dua penyuling pertama dan arahan penyulingan asal daripada Gary diselenggara dengan baik dan disimpan di Memorial Gary Young di dalam pusat penyulingan tersebut.
Kemenyan dan morhabshi adalalah dua tumbuhan aromatik kuno yang sering dikaitkan dengan bayi Jesus.
Fokus kami untuk pemuliharaan
Membangunkan kawasan perhutanan semula. Pusat penyulingan asal Salalah bekerjasama dengan kerajaan untuk membangun semula Oman sebagai pusat kemenyan dunia. Menerusi kerjasama ini, mereka membangunkan perhutanan semula untuk memperkukuh industri kemenyan. Peladang tempatan bekerja selama beberapa jam sehari untuk menjaga pokok-pokok di kawasan ini.
Menggunakan kaedah kuno untuk menghasilkan kemenyan secara lestari. Selama 5,000 tahun lamanya, pengumpul resin menggunakan resin dituai daripada pokok Boswellia yang istimewa ini menggunakan kaedah dan jadual yang sama seperti nenek moyang mereka. Setiap pokok kemenyan boleh dituai sekali sahaja dalam 12 bulan serta memerlukan pemantauan dan penjagaan yang teliti.
Tempah untuk nikmati pengalaman anda di ladang
Rancang kembara anda yang seterusnya di salah satu ladang kami dan nikmati sendiri sumber minyak pati tulen kami.
Acara Young Living
Sentiasa ada sesuatu yang mengujakan di Young Living! Layari laman Acara Di Ladang kami untuk melihat pengalaman unik yang kami tawarkan.