Dalmatia Aromatic Farm and Distillery

Permulaan Ladang dan Pusat Penyulingan Dalmatia Aromatic

Daerah Dalmatia di Croatia kaya dengan sejarah dan pemandangan memukai, serta persekitaran khusus yang diperlukan untuk menanam helichrysum. Helichrysum adalah salah satu pokok jarang ditemui yang menggunakan nutrien daripada kalsium karbon yang ditemui dalam batu, bukan daripada tanah. Ladang dan Pusat Penyulingan Dalmatia Aromatic menanam dan membesarkan pelbagai tumbuhan aromatik, melindungi helichrysum dan pokok-pokok lain yang tumbuh secara liar.

Sebelum ladang Dalmatia Aromatic di Split, Croatia ditubuhkan, helichrysum hanya dituai sebagai tumbuhan liar, tanpa pengetahuan tentang cara membesarkannya secara domestik. Namun, helichrysum mempunyai permintaan yang sangat tinggi sehingga tumbuhan ini menjadi terancam. Pengasas terdahulu Young Living, D. Gary Young, faham akan kepentingan melindungi spesis ini dan mula berusaha untuk menanam dan memulihara tumbuhan terancam ini. Pada Oktober 2014, pasukan ladang Dalmatia bertemu Gary dan bersetuju untuk bekerjasama dengan beliau bagi memastikan helichrysum terus subur.

Domagoj Bekavac adalah sebahagian daripada pasukan ladang yang bertemu Gary terlebih dahulu. Sebelum bertemu, Domagoj mendengar cerita tentang Gary dan teruja akan pengetahuan dan pengalaman hebat Gary dengan tumbuhan aromatik. Di bawah bimbingan Gary, Domagoj belajar cara mengamalkan komitmen kualiti Seed to Seal Young Living. Sebagai pengurus ladang di Ladang dan Pusat Penyulingan Dalmatia Aromatic, Domagoj memastikan piawaian tertinggi dalam perladangan dicapai bagi menghasilkan minyak pati dengan kualiti terbaik boleh disediakan.

Komitmen kualiti Seed to Seal

Gary Young sendiri mereka penyuling wap keluli tahan karat yang digunakan di ladang Dalmatia, yang disesuaikan kegunaannya untuk pelbagai tumbuhan dan bahagian tumbuhan berbeza. Contohnya, penyuling tersebut boleh digunakan untuk memproses kedua-dua pokok bay laurel, yang mesti dipotong terlebih dahulu, dan Dalmatia juniper, yang mesti dikisar kerana dahannya sangat keras.

Apabila minyak telah disuling dan diasingkan, ia disimpan di dalam tong keluli tahan karat. Tong-tong ini disimpan di dalam bilik simpanan yang dingin dan gelap selama dua minggu untuk membolehkan minyak direhatkan pada suhu yang stabil. Kemudian, minyak ini ditapis, di mana pada tahap ini minyak sudah sedia untuk langkah seterusnya dalam proses Seed to Seal Young Living yang teliti.

Soroton minyak

Helichrysum adalah tumbuhan asal di kawasan berpantai seperti Perancis, Itali, dan Croatia,yang mempunyai persekitaran khusus untuk membolehkan tumbuhan ini tumbuh. Bagi menanam tumbuhan liar berharga ini, Young Living membawa batu-batuan ke ladang untuk meniru persekitaran semula jadi yang diperlukan helichrysum untuk tumbuh.

Tahukah anda?

Ladang dan Pusat Penyulingan Dalmatia Aromatik terletak di wilayah Mediterranean indah di Croatia, di mana laut, udara segar, dan padang rumput berbatu mewujudkan persekitaran sempurna untuk lebih daripada 100 tumbuhan aromatik hidup subur.

Ladang dan Pusat Penyulingan Dalmatia Aromatic adalah ladang helichrysum terbesar di dunia dengan saiz lebih daripada 1 juta meter persegi.

Helichrysum dikenali sebagai "bunga abadi" kerana meskipun telah dituai, tumbuhan ini kekal mekar sehingga terhasilnya benih.

Fokus kami pada pemulihan

Melaksanakan projek kelestarian. Pasukan ladang membina sendiri rumah hijau, membolehkan mereka menghasilkan 700-1,000 anak pokok dua kali setahun. Pasukan ladang juga mula menghasilkan humus, menggabungkan biojisim yang telah disuling dengan baja asli dan sebatian organik lain daripada cacing untuk menambah baik kualiti tanah dan melestarikan tanah.

Tempah pengalaman ladang anda

Rancang kembara anda yang seterusnya di salah satu ladang kami dan nikmati sendiri sumber minyak pati tulen kami.

Acara Young Living

Sentiasa ada sesuatu yang mengujakan di Young Living! Layari laman Acara Di Ladang kami untuk melihat pengalaman unik yang kami tawarkan.

Ladang & Ladang Kongsi Young Living

Sebagai peneraju minyak pati, kami sentiasa berkembang dan menambah baik ladang serta kerjasama global kami dan pada masa yang sama, komited terhadap komitmen kualiti Seed to Seal kami.