Rise, Bloom, Lead ke arah Da Nang

Peluang untuk anda menikmati kembara eksklusif serta pilihan hadiah premium. Sahut cabaran, lengkapkan matlamat pendaftaran, pimpin pasukan anda raih kejayaan dan dapatkan tiket anda untuk menikmati peluang emas di Da Nang, Vietnam.

Ketahui bagaimana untuk layak menyertai Young Living Golden Lotus!

Soalan Lazim

KELAYAKAN UMUM DAN MAKLUMAT PROGRAM

Program Insentif Golden Lotus adalah inisiatif eksklusif Young Living Malaysia yang terbuka
kepada Brand Partner yang dibayar sebagai Executive dan ke bawah setakat April 2026. Tempoh Kelayakan bermula pada 1 Jun 2026, 12:01 tengah malam waktu Malaysia dan berakhir pada 31 Ogos 2026, pada jam 11:59 malam waktu Malaysia. Peserta yang layak berpeluang memenangi kembara 4H3M ke Da Nang, Vietnam dengan memenuhi keperluan program yang dinyatakan.

Program Insentif Golden Lotus terbuka kepada Brand Partner Young Living Malaysia yang dibayar
sebagai Executive dan ke bawah, merupakan pembina aktif, setakat April 2026 dan mendaftar penyertaan selewat-lewatnya pada 7 Jun 2026. Peserta mestilah:

1.       berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas setakat 1 April 2026.

2.      mempunyai alamat Malaysia untuk bil utama (disenaraikan di bawah akaun Brand Partner) mereka.

3.      Brand Partner yang aktif, iaitu individu yang membuat pembelian bernilai sekurang-kurangnya 100PV dalam 12 bulan terakhir dan menandatangani Perjanjian Brand Partner Young Living.

Tempoh Kelayakan bermula pada 1 Jun 2026, 12:01 tengah malam waktu Malaysia dan berakhir pada 31 Ogos 2026, pada jam 11:59 malam waktu Malaysia.

Anda mestilah memilih untuk menyertai program menerusi pautan Jotform yang disediakan antara 1 Jun 2026, 6:00 petang waktu Malaysia dan berakhir pada 7 Jun 2026, 11:59 malam waktu Malaysia. Persetujuan menyertai program yang dibuat selepas tempoh ini tidak akan diterima.



CARA UNTUK MENANG

Untuk memenangi kembara insentif, anda perlu menjadi 30 Pemenang Teratas yang telah melengkapkan semua keperluan berikut:

Kriteria 1: Daftar Lapan (8) Pendaftaran Layak Baharu dengan Loyalty Rewards/Standard Order bernilai 100PV semasa tempoh kelayakan.

*Pendaftaran Baharu adalah Brand Partner baharu yang tidak pernah berdaftar dengan Young Living.

  • - Pendaftaran minimum 100PV dengan PremEX, MEO, CEO, atau mana-mana Starter Kit yang tersedia di Malaysia semasa tempoh kelayakan ("Pesanan Layak").
  • - Pendaftaran hanya dikira berjaya apabila bayaran pesanan pendaftaran dilengkapkan pada bulan yang sama dengan pendaftaran dan mestilah berlaku dalam tempoh kelayakan.
  • - Pengaktifan semula tidak dikira sebagai Pendaftaran Baharu dalam insentif ini.

Kriteria 2: Empat (4) daripada Lapan (8) Pendaftaran Layak Baharu mestilah mendaftarkan satu (1) Brand Partner baharu dengan Pesanan Layak bernilai 100PV sama ada bersama Loyalty Rewards atau Standard Order semasa tempoh kelayakan.

*Pendaftaran Baharu adalah Brand Partner baharu yang tidak pernah berdaftar dengan Young Living.

  • - Pendaftaran minimum 100PV dengan PremEX, MEO, CEO, atau mana-mana Starter Kit yang tersedia di Malaysia semasa tempoh kelayakan ("Pesanan Layak").
  • - Pendaftaran hanya dikira berjaya apabila bayaran pesanan pendaftaran dilengkapkan pada bulan yang sama dengan pendaftaran dan mestilah berlaku dalam tempoh kelayakan.
  • - Pengaktifan semula tidak dikira sebagai Pendaftaran Baharu dalam insentif ini.

Kriteria 3: Kembangkan mana-mana Brand Partner Yang Didaftarkan
ke Pangkat Senior Star 'Baharu' dan kekalkan pangkat selama sebulan selain
daripada bulan naik pangkat semasa tempoh kelayakan.

  • Peserta yang Dibayar Sebagai Executive pada bulan April 2026 perlu membantu dua (2) Brand Partner yang mereka daftarkan mencapai pangkat Senior Star 'Baharu' semasa tempoh kelayakan. Dua Brand Partner yang mereka daftarkan ini mestilah daripada kaki berbeza dan tidak boleh ditindan.
  • - Jika peserta adalah Dibayar Sebagai Senior Star dan ke bawah pada April 2026, peserta perlu mengembangkan Satu (1) Brand Partner yang mereka daftarkan mencapai Pangkat Senior Star Baharu semasa tempoh kelayakan.
  • - Pangkat Baharu bermaksud pangkat yang dicapai buat pertama kali sepanjang perjalanan Young Living Malaysia mereka.
  • - Dua (2) atau Satu (1) Brand Partner yang mereka daftarkan tersebut perlu mengekalkan pangkat Senior Star selama satu bulan pada bulan berikutnya, selain daripada bulan mereka naik pangkat.
  • - Contohnya, bulan naik pangkat adalah Jun 2026. Bulan pengekalan pangkat mestilah Julai 2026.

*Dilanjutkan kepada September 2026 hanya jika bulan naik pangkat adalah Ogos 2026.

Kriteria 4: Mesti Dibayar Sebagai Executive semasa tempoh kelayakan.

  • - Untuk memenangi Hadiah-hadiah 10 Teratas (Tingkat 1) – peserta perlu dibayar sebagai Executive sepanjang tempoh kelayakan (tiga bulan dari Jun hingga Ogos 2026).
  • - Untuk memenangi Hadiah-hadiah 11-30 Teratas (Tingkat 2) – peserta perlu dibayar sebagai Executive untuk tempoh minimum satu bulan semasa tempoh kelayakan.

*Tiada bulan lanjutan. Semua pangkat mestilah dicapai semasa tempoh kelayakan untuk Kriteria 4.

Ya. Anda boleh mencapai semua pendaftaran yang diperlukan dalam satu bulan sahaja jika anda
mahu. Namun, anda mesti memastikan anda memenuhi semua keperluan lain, contohnya mencapai pangkat Senior Star Baharu serta dibayar sebagai Executive, bergantung pada pangkat anda pada bulan April 2026 dan Tingkat Hadiah yang ingin anda menangi. Sila rujuk Terma dan Syarat rasmi program ini.

Malangnya, anda tidak akan layak memenangi program memandangkan keperluan wajib tidak dipenuhi. Anda akan digantikan dengan pemenang lain daripada papan mata apabila program tamat.

PENDAFTARAN

Sila hantar dokumen sokongan ke MemberServices menerusi e-mel ke custservmy@youngliving.com. Pendaftaran Warga Luar Negara perlu diserahkan (lengkap bersama dokumen yang diperlukan) menerusi e-mel sebelum 25hb setiap bulan, 11:59 malam menggunakan subjek e-mel: (masukkan Bulan) 2026 FOREIGN ENROLLMENT.

Sila serahkan dokumen sokongan berikut ke custservmy@youngliving.com

1. Salinan imbasan Borang Pendaftaran yang dilengkapkan dan ditandatangani
2. Satu salinan Kad Pengenalan (IC) atau pasport ahli yang didaftarkan, serta satu salinan permit atau visa kerja.

3. Satu salinan mana-mana bil utiliti yang menunjukkan nama ahli yang mendaftar, serta satu alamat tempatan di Malaysia sebagai bukti penempatan

4. Senarai item lain untuk disertakan bersama dalam pesanan, jika ada.

PAPAN MATA DAN HADIAH-HADIAH

Young Living Malaysia akan memaparkan Papan Mata untuk semua peserta berdaftar semasa tempoh kelayakan setiap dua minggu (bergantung kepada ketersediaan data) menerusi laman sesawang rasmi Young Living Malaysia dan hantaran e-mel.

1. Tarikh layak akhir untuk naik pangkat (Kriteria 3) adalah September 2026 dan hanya terpakai jika Senior Star Baharu Brand Partner yang anda daftarkan naik pangkat pertama kali pada Ogos 2026.

2. Tarikh layak akhir untuk naik pangkat (Kriteria 4) adalah Ogos 2026 tanpa sebarang lanjutan dibenarkan pada bulan berikutnya.

3. Young Living Malaysia mempunyai hak eksklusif untuk mengganti atau mengecualikan individu daripada senarai pencapai '30 Teratas' sekiranya kriteria 1, 2, 3, dan 4 tidak dicapai atau jika Pemenang telah melanggar Dasar dan Tatacara Young Living Malaysia.

4. Dalam situasi berlakunya seri, Young Living Malaysia akan menentukan Pemenang dengan
pemilihan berdasarkan kepantasan pelengkapan Kriteria Wajib 1 dan 2 serta pelengkapan Kriteria 3 dan 4.

Hadiah Tingkat 1 (Pencapai Kedudukan 1-10 Teratas):

Peserta yang melengkapkan Kriteria 1, 2, 3 dan 4 dan berada pada kedudukan pertama hingga ke-10 teratas layak memenangi:

- Kembara 4H3M ke Da Nang, Vitenam yang ditanggung sepenuhnya dengan Bilik Untuk Seorang (boleh memilih untuk membawa seorang tetamu berbayar), Cenderahati eksklusif YLMY dan Hadiah-hadiah Penyertaan.

Hadiah Tingkat 2 (Pemenang Kedudukan 11-20 Teratas):

Peserta yang melengkapkan Kriteria 1, 2, 3 dan 4 dan berada pada kedudukan ke-11 hingga ke-20 teratas layak memenangi:

- Kembara 4H3M ke Da Nang, Vitenam yang ditanggung sepenuhnya dengan Bilik Berkongsi Dua Orang bersama 1 lagi Pemenang, Cenderahati eksklusif YLMY dan Hadiah-hadiah Penyertaan.

Hadiah Tingkat 3 (Pencapai Kedudukan 31 dan seterusnya)

Peserta yang melengkapkan Kriteria 1, 2, 3 dan 4 dan berada pada kedudukan 31 Teratas dan seterusnya akan memenangi:

- Satu (1) Pembaur Ultrasonik Lantern dan Hadiah-hadiah Penyertaan.

Tingkat 4 (Hadiah Penyertaan)

Peserta yang melengkapkan Kriteria 1 dan 2 layak memenangi:

- Hadiah-hadiah Penyertaan - Minyak Pati Blue Cypress dan Campuran Minyak Pati Chivalry 5ml

GAMBARAN KESELURUHAN KEMBARA INSENTIF GOLDEN LOTUS

Jika anda tidak dapat hadir, meskipun kami sangat berharap anda dapat hadir, anda akan kehilangan peluang kembara ini. Kembara ini tidak boleh dipindahkan dan tidak mempunyai nilai tunai.

Kami menggalakkan setiap Brand Partner untuk berusaha menyertai Kembara Insentif Sales kami. Kami hanya boleh memberikan anda kembara khusus yang anda menangi menerusi Program tersebut. Penginapan untuk tetamu tambahan yang bukan pemenang adalah tertakluk kepada
kebolehdapatan semasa tempoh kembara dan sebarang dan semua perbelanjaan yang ada akan ditanggung oleh tetamu.


Tetamu tambahan yang bukan pemenang juga tidak boleh menyertai mana-mana aktiviti yang telah dibuat secara khusus dan eksklusif untuk pemenang Program ini. Young Living Malaysia berhak, atas budi bicara tunggalnya, untuk menentukan jika pemenang boleh membawa seorang tetamu.

Anda tetap layak memenangi hadiah tingkat anda. Jika Young Living gagal meneruskan kembara
tersebut, Young Living akan memilih untuk menyedikan baucar kembara (tempoh yang sama seperti penginapan kembara insentif asal) dalam parameter yang ditetapkan oleh hotel yang terlibat/menangguhkan kembara tersebut ke tarikh lain. Young Living tidak akan menukar kembara insentif ke wang tunai.

Peserta Malaysia tidak memerlukan visa perjalanan untuk ke Vietnam.